INFO SEKOLAH

Sandakan, Sabah, Malaysia
P/S 2653,90730 Sandakan.Tel/Fax :089-21873 Email:skstp1@steamyx.com/skstgpapat1@gmail.com LamanBlog:http://www.skstgpapat1.blogspot.com

MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan generasi muda yang seimbang dan bersepadu melalui pengurusan cemerlang'.

VISI

Sek. Keb. Sri Tanjung Papat Satu cemerlang menjelang 2013 di daerah Sandakan.


WARGA SEKOLAH

GURU BESAR

En.Vejayabalan Subramaniam

PENOLONG KANAN 1

En.Amidar Basirul

PENOLONG KANAN HEM

Puan Chong Oi Len@Janet

PENOLONG KANAN KO KUM

Puan Hjh Siah Harun

PEMANGKU PENYELIA PETANG

Puan Hadaria Abdul Latip



GURU AKADEMIK

En.Alvin Linus


Puan Ani Mansor


En.Bathil Sanibui


En.Datu Abdul Ghaffar


Puan Chong Yun Yen


Puan Dayang Maryiam Suhaili


Cik Faizatul Huwaida Othaman


Cik Hajiga Halim


Puan Hakimah Hashim


Puan Hamidah Osman


En.Hassan Mahaseng


Puan Hayati Ag.Kalong


En.Ismail Jusoh


En.Jamaldi Damrah


En.Kahar Takbir


Puan Lee Nyuk Tshin


En.Mohd Senin Kassim


En.Mohd Nor Hamizan


Puan Najmiah Yusoh


Puan Norzakiah Sidek


Puan Nurfarnina Abd. Adjis


En. Norshahidzan Sa'ad


Cik Norhawati Mohd Salleh


Puan Nik Nor Hamidah Mohd. Noor


Puan Priscilla Peter Toyong


En.Rahim Sabran


Puan Rosnita Ismail


En.Romie Cariaga


Cik Ruebini A/P Parama Dorai


Cik Syamsinar Mohd Nawi


Puan Selina Aiyong


Puan Saniah Said


Puan Salamah Hassan


Puan Salmiwati A.R Mahmud


Cik Wong Fui Yee



KTBM

Puan Sallmah Jaafar


Puan Jumratia Sabran


Puan Farida Ariani Wahab


Puan Siti Asiah Salleh


Cik Dayang Hairunika M.Azulah



SEJARAH

KEDUDUKAN & SEJARAH PENUBUHAN

S.R.K. Berhala Darat yang dahulunya dikenali dengan nama ”Government Vernacular School”, terletak di kampung Berhala Darat iaitu lebih kurang satu kilometer ke Timur Laut pusat bandar Sandakan. Pada awalnya, iaitu tahun 1945, saiz sekolah ini terlalu kecil dan bilangan pelajarnya di masa itu lebih kurang 40 orang sahaja. Tiga tahun selepas itu, sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru di Bandar Sandakan dengan jumlah pelajar seramai 65 orang. Pada tahun 1948, Encik Osman bin Hj. Abu Bakar sebagai guru besar telah mengendalikan pentadbiran sekolah tersebut. Beberapa tahun kemudian, tugas mentadbir sekolah ini diambil alih oleh Allahyarham Datu’ Hj. Abdul Alif bin Datu’ Hj. Mohd. Arshad (bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri- 1970/ 1975).

PENUBUHAN TETAP S.R.K BERHALA DARAT

Dalam tahun 1956, pihak kerajaan telah mengambil alih sekolah ini dan pembinaan bangunan baru sekolah rendah ini didirikan di kampung Berhala Darat iaitu di atas tapak kepunyaan kerajaan seluas lebih kurang dua ekar. Ianya merupakan beberapa buah bangunan kayu yang berbentuk rekaaan moden. Bangunan baru dan tetap S.R.K. Berhala Darat ini telah dirasmikan oleh Puan Dingle (isteri kepada Tuan Resident Sandakan) dahulunya dengan disaksikan oleh beberapa orang pegawai kerajaan, orang-orang kenamaan tempatan dan masyarakat kampung Berhala Darat umumnya. Bilangan pelajar pada tahun 1956 ini meningkat kepada 200 orang. Bilangan pelajar terus bertambah dari setahun ke setahun, kepada 500 orang. Memandangkan perkembangan yang pesat ini, bangunan sekolah terus diperbesarkan. Kakitangan pentadbiran sekolah juga sering bertukar ganti, dimana selepas Allahyarham Datu’ Hj. Abdul Alif bin Datu’ Hj. Mohammad Arshad, pentadbiran dipegang oleh Encik Jaafar bin Kassim. Beliau kemudiannya diganti oleh Encik John Ganai dan kemudiannya Encik Osman bin Hj. Sidek. Selepas Encik Osman bin Hj. Sidek, tugas itu diambil alih oleh Encik Abdul Wahab bin Osman dan kemudiannya oleh Encik Mohd. Nauth bin Potoh. Manakala Encik Kimpoh Assai @ Martin sebagai penolong kanannya. Sehingga kini, guru besar terbaru Sekolah Kebangsaan Berhala Darat ialah Encik Okal bin Abdul. Beliau mentadbir Sekolah Kebangsaan (yang dahulunya Sekolah Rendah Kerajaan) Berhala Darat dengan dibantu oleh dua orang Penolong Kanan. Di masa itu S.K. Berhala Darat mempunyai satu bangunan baru (tiga tingkat) yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Wira Hj. Abd. Rahman bin Hj. Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 27hb September 1987. Di masa pentadbiran Encik Okal bin Abdul sekarang ini (1989), S.K. Berhala Darat menampung seramai 2138 orang murid. Kemudian sekolah Kebangsaan Berhala Darat telah dibahagikan kepada 2 sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2.

PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANJUNG PAPAT 1

Sehingga awal tahun 90-an jumlah murid yang mendaftar di sekolah ini meningkat dengan mendadak dan pihak sekolah terpaksa menampung jumlah murid yang terlalu ramai. Oleh yang demikian Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat telah dibahagikan kepada dua pentadbiran. Maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2 yang mana kedua-duanya mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sidang pagi dan sidang petang. Oleh yang demikian bangunan sekolah juga dibahagikan kepada dua iaitu Sekolah Sri Tanjung Papat 1 dan sebahagian lagi digunakan oleh Sekolah Sri Tanjung Papat 2. Namun begitu dengan sikap toleransi kedua-dua buah sekolah ini masih berkongsi kemudahan tertentu iaitu kantin, tandas dan dewan perhimpunan. Demikian sedikit sebanyak berkaitan sejarah Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa kepada penduduk tempatan khususnya penduduk Kampung Melayu Bumiputera, Sandakan ini dalam melahirkan insan yang berilmu demi membela nasib masyarakat setempat.

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANJUNG PAPAT 1 - KINI

Pada masa kini, SK Sri Tanjung Papat 1 telah ditadbir oleh Encik Vejayabalan A/L Subramaniam dengan dibantu oleh 4 orang Penolong Kanan dengan pelbagai bidang masing-masing. Jumlah murid – murid juga semakin meningkat seramai 697 orang dengan masih mengekalkan persekolahan dua sesi (sidang pagi dan sidang petang). Manakala, SK Sri Tanjung Papat 2 pula telah berpindah ke bangunan lama SMK Datuk Pengiran Galpam di perkampungan Sim-Sim.